Apa itu CP?? Mari kita sama2 dalami dan fahami ttg CP........

Ramai yg masih tidak mengetahui ttg penyakit Cerebral Palsy atau bahasa ringkasnya CP.. In Malay, Palsi Serebrum.. Jadi di sini syaza akan terangkan serba sedikit ttg CP dan jenis2nya serta satu cerita berkenaan ttg seorang ibu yg mempunyai anak CP (bukan cerita syaza).. Cerita nie mmg ada kena-mengena dgn syaza sikit sbb tu syaza amik sbgai permulaan cerita utk korg paham dlu.. nnti next post syaza akan cerita ttg CP berdasarkan kehidupan syaza pulak okay.. skrg syaza nak korg paham dlu apa itu CP terutamanya kpd ibubapa yg mempunyai anak2 istimewa ini..
Betullah orang kata, kasih ibu ini hingga ke syurga. Lihat saja bagaimana pengorbanan seorang ibu ini apabila anaknya menghidap cerebral palsy. Beliau sanggup mendukung anaknya itu ke mana saja! Maksud cerebral palsy itu apa?
Maksud cerebral palsy itu apa?
Cerebral bermaksud otak manakala palsy pula bermaksud kurang atau tidak berupaya untuk mengawal pergerakan otot.
Maksud cerebral palsy adalah satu gangguan di mana otak terjejas hingga mengganggu pergerakan mahupun postur badan penghidapnya. Selain itu, cerebral palsy juga mampu menjejaskan komunikasi, pendengaran dan tingkahlaku pesakitnya. CP juga merupakan satu kondisi yang berlaku akibat kerosakan otak yang terjadi semasa di dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran. Kebolehan mengawal pergerakan otot yang terjejas menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan & mengimbangkan diri. Kanak-kanak cerebral palsy mempunyai peluang yang terhad untuk bermain, meneroka persekitaran dan berfungsi akibat masalah tersebut. 
Kepentingan posisi untuk cerebral palsy
Kanak-kanak cerebral palsy sukar melakukan pergerakan otot yang dikehendaki untuk memposisikan dan mengekalkan postur badan pada kedudukan yang betul dan ini mendedahkan mereka kepada risiko kecacatan yang berkekalan. Keadaan ini menjadi semakin sukar sekiranya masih terdapat refleks primitif yang sepatutnya sudah tiada pada usia tertentu.
Jenis-jenis CP 

Maksud cerebral palsy: Kisah benar yang menyayat hati


https://my.theasianparent.com/maksud-cerebral-palsy/
Fu Yuantao, ibu kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 12 tahun tidak pernah berputus asa dengan anaknya yang menghidap celebral palsy sejak lahir itu. Walaupun pada awalnya, beliau tidak tahu apa maksud cerebral palsy, tapi ibu ini tidak pernah mengabaikan keperluan anaknya. 

Menurut laporan media Hunan Today, sejak 12 tahun ini, Yuantao akan mendukung dan mengusung anaknya ke mana saja. Anaknya itu tidak dapat berjalan kerana cerebral palsy. Jadi si ibu akan mendukung anaknya untuk ke sekolah dan hospital setiap hari.
Anak Yuantao, Peng mengatakan –
"Jika saya rajin belajar, pasti saya boleh dapat kerja yang bagus nanti. Bolehlah saya belikan rumah pada ibu dan ayah. Bila mereka tua nanti, kalau saya tak mampu nak jaga mereka, saya akan upah penjaga.”

Ibu bapa Peng pasti amat berbesar hati dan bangga dengan anak ini. Walaupun tidak mampu berjalan kerana cerebral palsy, namun dia ada cita-cita besar untuk berbakti pada ibu bapanya. 
Sejak tahun 2006, pasangan suami isteri ini telah menghabiskan hampir 500,000 yuan (RM 308,329) untuk perubatan si anak. Mereka tidak pernah berputus asa dan mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka.
Peng dilaporkan tidak boleh berjalan atau melakukan sebarang aktiviti hariannya dengan sendiri. Dia terpaksa bergantung dengan orang lain. Namun, Peng masih cuba untuk berjalan walaupun dia akan terjatuh.
Yang membanggakan, Peng tidak pernah terlepas membuat kerja sekolahnya! Menurut Peng, melihat kasih sayang ibu bapanya yang menguatkan semangat dirinya.

Maksud cerebral palsy: Fakta penting yang harus diketahui


Berikut antara beberapa perkara penting yang ibu bapa harus tahu tentang apa itu cerebral palsy dan beberapa fakta penting tentangnya:
  • Kadang-kala, hanya satu bahagian belah badan saja yang akan terjejas
  • Punca cerebral palsy masih belum diketahui (dalam kebanyakan kes)
  • Apa yang paling penting: Tiada rawatan pemulihan untuk celebral palsy ini.

Walaubagaimanapun, pencegahan awal mampu membantu ibu bapa dan anak-anak mereka untuk menghadapi keadaan ini.
Sebab itu, ini apa yang ibu bapa harus buat apabila dapat mengesan tanda-tanda dan simptom penyakit cerebral palsy ini:
  1. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan pakar. Pastikan anda mempunyai kelengkapan penjagaan anak dengan cerebral palsy yang sesuai
  2. Cari pusat atau sekolah khas yang mampu membantu kanak-kanak dengan ketidakupayaan ini
  3. Anda juga boleh mengupah pakar yang mahir dan pernah bekerjasama dengan kanak-kanak cerebral palsy
  4. Anda kena ingat, rawatan yang betul adalah apabila anda sebagai ibu bapa menyediakan penjagaan dan sokongan yang sepatutnya pada anak
  5. Anda juga perlu mempelajari basic bagaimana ingin menjaga anak dengan cerebral palsy.

Apa lagi yang anda boleh buat jika anak menghidap cerebral palsy?

  • Beri anak pelbagai peluang untuk bersosial dengan kanak-kanak lain seawal yang mungkin
  • Anda perlu menggalakkan anak-anak untuk berkawan dengan kanak-kanak yang normal juga
  • Bantu anak meneroka minat dan hobinya
  • Ajar anak tentang erti ditolak orang lain. Ia berlaku pada semua orang, bukan pada individu yang kurang berkeupayaan saja
  • Fokus pada membentuk identiti diri anak berbanding hanya memikirkan mereka “tidak mampu”
  • Bantu mereka menetapkan had demi keselamatan
  • Fokus pada kelebihan, bakat dan keupayaan mereka
  • Berbincang dengan ibu bapa yang mempunyai pengalaman sama

Antara rujukan lain boleh ke laman web ini 

Comments

Popular Posts